Sunday, July 31

RAMADHAN MENJELMA LAGI


Assalamuaikum, nampaknya Ramadhan menjelma kembali, sedih hati ini kerana harapan untuk menyambutnya dengan 4 orang ahli keluarga tidak kesampaian. Takdir tuhan menentukan segalanya. Aku pasrah mengharungi hidup ini,.

Namum di bulan ramadhan ini aku membantu ibu dan ayah berniaga di bazar ramadhan, dapat la buang kesedihan terhadap arwah, ditambah pula kakaknya yang semakin ligat dengan peragainya.

Banyak kerja yang hendak di buat, penat sesangat namum ada balasanya lagi, dapat upah untuk beli baju raya pun sudah cukup.


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini.