Thursday, September 5

ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KETUJUH JARIS


Kek strawberi untuk birthday boy.

Pulut kuning sempena menyambut ulang tahun perkahwinan emak dan ayah yang ke 45 tahun.

Bergambar dulu sebelum potong kek.

Juadah yang telah disediakan.

Para jemputan sedang mengambil makanan.

Semoga menjadi anak yang soleh dengar kata orang tua, rajin belajar dan berjaya dalam pendidikan.

Thursday, July 4

JALAN - JALAN @ KUALA TERENGGANU - 2019

Pintu gerbang Negeri Terengganu Darul Iman

 Si kuning di hadapan homestay.

Konvoi dari Johor.

Kami bertolak dari rumah pada 27.06.2019 jam 2300. Pelan asal mahu bertolak jam 2200 dan dijangka singgah di Kemaman untuk solat Subuh. Oleh kerana banyak henti, jadi pada waktu subuh baru tiba di Kg Permatang Badak, Kuantan dan singgah solat di Masjid Lama Kg. Permatang Badak.

Setelah selesai solat, perjalanan diteruskan dan singgah sebentar di Telaga Simpul, Kemaman. Berehat sebentar dan sarapan bekalan yang telah disediakan sendiri.

Perjalanan diteruskan dan kami singgah makan tengah hari kemudian jam 1400 pada 28.06.2019 barulah kami sampai di D'Muna Cottage Homestay tempat penginapan.

Waktu petang jejalan sebentar di Pasar Malam Pantai Teluk Ketapang.

Malam tiada aktiviti luar, hanya duduk di homestay makan bekalan dan melihat kapal terbang berlepas dan mendarat, kerana kedudukan homestay adalah berhadapan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Bergambar dengan baju raya sebelum memulakan perjalanan pusing ke tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu.

Bukan main lagi aksi anak Mummy nie..

Singgah bergambar di jambatan gantung. Pada masa ini kenderaan tidak dibenarkan untuk lalu diatasnya.

Penat berjalan, kami singgah makan tengah hari di Singgang Budu.

Untuk makan malam pula kami beli lauk ikan bakar  dari Restoran Ikan Bakar Selera Dapur Arang.

Hari terakhir sepatutnya selepas Subuh sudah bergerak dan sarapan di kedai, namun berbagai halanga malah siap masak srapan dan bekalan untuk makan tengah hari, jadi pada 29.06.2019 jam 1000 barulah kami bergerak keluar meninggalkan homestay.

Singgah Masjid Krystal tetapi dalam proses pengubahsuain.

Taman Tamadun Islam, hanya lihat dari luar saja, nak masuk takut masa tidak mengizinkan.

Pelan asal nak naik bot pusing pulau, tetapi salah satu bot rosak, untuk menunggu giliran seterusnya terlalu lama. Jadi kami ambil keputusan untuk terus bergerak ke Kuala Kemaman.

Singgah sebentar di Masjid Tengku Tengah Zaharah.

Dalam perjalanan, sempat lagi singgah di Ayam Pusing Kampung Nyior. Memang sedap sungguh ayam goleknya, tidak cukup sekor untuk kami sekeluarga.

Di Kuala Kemaman ingat mahu singgah Warung Satar Kak Nab. Oleh kerana tutup, terpaksa cari kedai satar lain yang sama sedap dengan satar kak nab dan akhirnya jumpa pula kedai Satar Kak Ya [gambar diambil dari google map].

Seberang jalan dari kedai satar kak ya, ada kedai runcit dimana encik suami sempat borong sosej thai yang tengah popular untuk dibuat sosej bakar.

Tapi sebelum singgah ke kedai satar kak ya untuk borong semua satarnya, kami singgah dulu di kedai 2 Ikan Cindai untuk borong keropok lekor dan keropok kering [tuan kedai sarankan untuk beli satar di kedai satar kak ya].

Kami singgah lepak di Pantai Teluk Mak Nik untuk menghabiskan kesemua satar yang telah diborong.

Perjalanan diteruskan dengan banyak hentian dan singgah sebentar di Rompin jam 2400 untuk hilangkan rasa ngantuk dan isi perut yang lapar. Namun sebelum memulakan perjalanan, ada sedikit masalah, lama juga menanti dan akhirnya perjalan dapat diteruskan.

Akhirnya pada 01.07.2019 jam 0545 diwaktu azan Subuh berkumandang, kami semua selamat sampai dirumah.

Alhamdulilah, dan Inn Sha Allah jika ada rezeki. kami akan ke sana lagi.




Tuesday, December 12

JALAN - JALAN @ TBS KE SUNGAI TUANG MELAKA - 2017


Seawal pagi 0400hrs telah bergerak dari rumah dengan 3 buah kereta menuju tol sungai besi. Namun dalam perjalanan bermacam dugaan dihadapi dan akhirnya tengah hari baru sampai ke destinasi pertama iaitu TBS. Dari TBS naik Komuter ke KL Central, di KL Central pusing ke NU Central untuk makan tengah hari.

Sarapan di Johor
Makan Tengah hari di Kuala Lumpur
Makan Malam di Melaka



 Di Stesen KL Central menunggu Komuter untuk pulang semula ke TBS. Dari TBS memandu kereta semula turun ke Melaka untuk ke Chalet Permata di Sungai Tuang, Pengkalan Balak.



Dari pagi sampai ke petang berendam saja memasing


Sambil berendam naik banana boat pula, sorang Rm 10.



Sewa pelampung Rm 5 main sampai petang.


Selamat tinggal Permata Chalet setalah 3 hari 2 malam disini. Secara peribadi, ini kali ketiga menyewa disini.



Pusing bandar hilir pula



Naik beca RM 50.

Selamat tinggal melaka, Inn Shaa Allah ada umur dan rezeki kita jumpa lagi.

Tuesday, March 14

ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG PERTAMA SYAURAH








Terima kasih kepada para tetamu jemputan yang hadir. Semoga Syaurah Nurfatanah membesar dengan sihat dan menjadi anakmyang solehah.

SUKAN TAHUNAN SEK KEB SENING



Jadilah anak mummy dapat No 2 dalam acara 100 meter. Tahun nie dapat 2 Perak 1 Gangsa.
Tahun hadapan usaha lagi moga dapat emas pula.