Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Thursday, August 8

SYAWAL DATANG LAGI


Kali kedua beraya tanpa suami disisi.

Kali pertama sewaktu ayang masih lagi menggandungkan anak pertama.
Kali kedua setelah kita mempunyai tiga orang cahayamata ( no dua tidak panjang usianya )
Kali kedua hanya anak - anak peneman kesedihan dikala kedengaran takbir raya berkumandang.

Maafkan ayang keatas segala dosa yang ada.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, khas untuk suamiku yang tercinta.

Sunday, July 31

RAMADHAN MENJELMA LAGI


Assalamuaikum, nampaknya Ramadhan menjelma kembali, sedih hati ini kerana harapan untuk menyambutnya dengan 4 orang ahli keluarga tidak kesampaian. Takdir tuhan menentukan segalanya. Aku pasrah mengharungi hidup ini,.

Namum di bulan ramadhan ini aku membantu ibu dan ayah berniaga di bazar ramadhan, dapat la buang kesedihan terhadap arwah, ditambah pula kakaknya yang semakin ligat dengan peragainya.

Banyak kerja yang hendak di buat, penat sesangat namum ada balasanya lagi, dapat upah untuk beli baju raya pun sudah cukup.


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini.