Sunday, July 31

RAMADHAN MENJELMA LAGI


Assalamuaikum, nampaknya Ramadhan menjelma kembali, sedih hati ini kerana harapan untuk menyambutnya dengan 4 orang ahli keluarga tidak kesampaian. Takdir tuhan menentukan segalanya. Aku pasrah mengharungi hidup ini,.

Namum di bulan ramadhan ini aku membantu ibu dan ayah berniaga di bazar ramadhan, dapat la buang kesedihan terhadap arwah, ditambah pula kakaknya yang semakin ligat dengan peragainya.

Banyak kerja yang hendak di buat, penat sesangat namum ada balasanya lagi, dapat upah untuk beli baju raya pun sudah cukup.


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini.

Friday, July 8

ARWAHYAHARMAH RASIQAH NURADAWIYAH

Gambar terakhir arwah adik diambil pada 03-06-2011 iaitu 24 hari sebelum meninggal

Arwah meninggal tepat jam 2205 pada 27-06-2011 kerana menghidap Biliary Atersia iaitu saluran darah ke hempedu dan hati terlalu sempit, mengakibatkan peredaran darah terganggu, ini mengakibatkan hempedu dan hati rosak.
 Doktor pakar memang sudah memberitahu bahawa arwah memang tidak akan dapat hidup lama atau tidak akan sampai setahun umurnya kerana terlambat mengesan sakit yang dihadapi.
Mengikut perubatan, ketika baru lahir atau dalam sebulan kelahiran, penyakit ini akan dapat di kesan dan jika sudah dikesan, pihak hospital akan melakukan pembedahan kasai procedure, di mana saluran darah yang sempit dan hempedu di buang dan akan sambung terus saluran darah yang normal ke hati . Apabila sampai usia setahun akan ada pembedahan hati di mana bahagian hati yang telah rosak kerana kurang menerima darah perlu di buang dan diganti dengan hati baru yang mana ianya memerlukan pederma hati.


Namun bagi kes arwah, penyakitnya dikesan ketika berusia 3 bulan, dan sekiranya dilakukan pembedahan kasai, tahap berjaya pembedahan tersebut adalah 40%, dan selepas pembedahan ini arwah berkemungkinan hanya akan hidup tidak juga sampai setahun kerana hatinya sudah rosak teruk.
Memang teramat sedih dan pedih hati ini apabila mengetahui bahawa umur arwah tidak panjang, selama 10 bulan dalam kandungan namun usianya di bumi ini hanya lah 6 bulan 12 hari.
Mumy redha pemergian adik, sesungguhnya Allah S.W.T lebih menyayangi adik, mumy tidak akan lupa pada adik, setiap waktu akan mumy berdoa semoga adik aman bahagia dan bergembira di sana.
Mumy Dady Kakak merindui Adik
Moga Arwah Rasiqah Nuradawiyah di cucuri rahmat..
Al - Fatihah................